ONEXOX

GADIS CUN MELECUN SELAMBA HISAP VAPE DALAM MALL

on Wednesday, September 16, 2015



KUALA LUMPUR - Video seorang gadis dengan selambanya menghisap vape di dalam pusat beli-belah tersebar di laman sosial.

Video berdurasi 7 saat itu menunjukkan seorang gadis berpakaian mencolok mata berjalan bersama rakannya di tingkat bawah Mid Valley sambil menghisap vape tanpa mempeduli pengunjung yang lain.

Tindakan biadab gadis berkenaan di Centre Court Mid Valley, berjaya dirakam oleh seorang pengunjung.

"Gadis vape on di Mid Valley. Tengok cara pemakaian dia pun dah tahu show off," katanya.

Tindakan gadis itu menyebabkan masyarakat bertambah benci kepada golongan pengguna rokok elektronik yang dianggap mementingkan diri.

"Ini tempat awam, kenapa perlu vape di tempat awam? Walaupun asap vape didakwa tidak mendatangkan bahaya, tetapi orang tetap tidak suka tersedut/terhidu asap vape," kata Hazwan.

"Dahlah perempuan, pakai pakaian seksi habis. Ditambah pula dengan perangai vape tak ikut tempat. Kau ingat Mall ini bapak kau punya boleh suka-suka hati vape sana sini?" kata Najwa.

Penggunaan vape secara berleluasa tanpa mengira sensitiviti orang lain di tempat awam perlu dihentikan segera. Mana-mana pihak pengurusan pusat beli-belah perlu tegas dan mengenakan larangan terhadap penggunaan vape di bangunan mereka demi keselesaan pengunjung yang lain.




Gadis Selamba Hisap Vape Dalam Mall - http://goo.gl/TunM2h
Posted by My Media Hub on 15hb September 2015


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved