ONEXOX

Hari tanpa kenderaan di City Park Seremban

on Tuesday, September 8, 2015



SEREMBAN - Majlis Perbandaran Seremban (MPS) akan menganjurkan program Hari Tanpa Kenderaan di City Park, Seremban 2 di sini pada‎ Ahad ini.

Yang Dipertua MPS, Datuk Abd Halim Abd Latif berkata, orang ramai dijemput hadir ke program yang diadakan di jalan raya sekitar lokasi itu mulai 7.30 pagi hingga 9.30 pagi.

"Melalui program ini, para peserta boleh beriadah di jalan raya menggunakan basikal, kasut roda, papan selaju, kerusi roda, berjalan dan berjoging dalam keadaan selamat dan selesa tanpa kenderaan.

"Kawalan lalu lintas akan dilakukan oleh pasukan polis dan unit penguat kuasa MPS," katanya kepada Bernama hari ini.

Abd Halim berkata program itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat bersesuaian dengan temanya yang bersifat santai bersama keluarga.

"Program ini adalah satu daripada cara terbaik mendidik orang ramai betapa pentingnya menjaga persekitaran dan bandar. Ia akan dijalankan secara berterusan pada hari Ahad minggu kedua setiap bulan di lokasi yang sama," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved