ONEXOX
BannerFans.com

Punca Che Ta Tarik Diri Tinggalkan AF 2015 Membuat Peminat Lelaki Termasuk Admin Bengang Dengan Edry.

on Monday, September 14, 2015

Punca sebenar Che Ta atau Rozita Che Wan tinggalkan AF 2015 kerana tidak senang dengan Edry KRU. Seperti sedia maklum, Che Ta adalah juri tetap pada konsert mingguan Akademi Fantasia 2015. Sebelum ini, segala kritikan Che Ta kepada pelajar AF 2015 dianggap tidak bernas. Sehinggalah pada minggu ke 6 konsert yang berlangsung pada Ahad 13 September 2015, Che Ta membuat kritikan pedas terhadap Sufi salah seorang pelajar AF 2015 yang berasal dari Singapura. Che Ta memberikan komen yang tidak masuk akal apabila mendakwa Sufi menyanyi dengan lembut dan tidak menepati tema “Rock”. Walhal, semua penonton di Auditorium memuji persembahan Sufi adalah yang terbaik pada minggu ke 6.



Lantaran tidak puas hati dengan komen Che Ta, Edry KRU selaku Pengetua AF 2015 mengherdik Che Ta dan mempertahankan pelajarnya iaitu Sufi. Ekoran ianya melibatkan maruah diri, Rozita Che Wan sebentar tadi pada 14 September 2015 telah mengumumkan bahawa beliau menarik diri sebagai juri AF mulai minggu hadapan.

Komen Rozita Che Wan Terhadap Persembahan Sufi

“Sufi persembahan awak lembut dan tak rock”- Rozita Che Wan

Untuk info, Sufi membawa lagu berjudul Mentari Merah Di Ufuk Timur yang dipopularkan oleh kumpulan Search.





Kenyataan Edry KRU Selaku Pengetua AF 2015

Menurut Edry, dia bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan pelajarnya daripada kritikan tidak membina. Tambahnya lagi, sebagai pengetua beliau bersikap profesional dan terbuka untuk menerima kritikan juri tapi juri itu juga perlu beri kritikan yang membantu pelajar memperbaiki kekurangan mereka.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved