ONEXOX

SAYU. VIDEO 2 PESERTA "PROTECT ERR PROTECT" PERHIMPUNAN RAKYAT BROKEN ENGLISH DIMAKI NETIZEN

on Thursday, September 17, 2015



KUALA LUMPUR - Video temubual lucu dua lelaki yang menyertai Perhimpunan Rakyat (Baju Merah) semalam tersebar di laman sosial sejak malam tadi.

Video berdurasi 1 minit 43 saat yang dirakam oleh channel Durian itu menunjukkan dua peserta terbabit kelihatan sukar menjawab soalan dalam bahasa inggeris yang diajukan oleh wartawan berkenaan.


"we want to protect err... errr...." itulah pentingnya english education dik..

Posted by My Media Hub on 16hb September 2015


Di media sosial pula, gelagat dua peserta ini menjadi bahan ketawa dan tidak kurang juga yang kesal dengan tindakan mereka yang hanya menyertai namun tidak mengetahui objektif sebenar perhimpunan itu.

"Kata Melayu, nak pertahankan Tanah Melayu. Cakap Melayu dah la. Nak malu apa? Nanti dia siarkan dalam televisyen, adalah terjemahannya. Itu pun tak boleh fikir. Macai-macai, gunakanlah akal sebaik mungkin," kata Fuzi.

"Next time bersedia, kena tahu tujuan. Don't worry, slow slow belajar bahasa inggeris. Orang Jepun pun ditemuramah dalam bahasa Inggeris pun pening mereka nak jawab. Last last, dia belasah juga guna bahasa Jepun. Susah-susah, jawab saja guna bahasa Melayu," kata Safrizal.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved