ONEXOX
BannerFans.com

'THIS POSTER IS SICK!' - NETIZEN

on Sunday, September 6, 2015



KUALA LUMPUR - 'Melampau!' itulah kecaman netizen terhadap poster yang dianggap melampau dan cuba mencetuskan ketegangan kaum yang didakwa dibuat oleh golongan fanatik politik.

Poster yang menunjukkan lukisan karikatur seorang lelaki lengkap memakai busana Melayu memegang sebilah parang menyerang seorang lelaki peserta perhimpunan Bersih.

"Cina Turun Bersih Sedialah Bermandi Darah'

Menurut netizen, pihak fanatik politik yang mengeluarkan poster itu sengaja mencetuskan ketegangan kaum di antara Melayu dengan Cina hanya kerana ketua parti mereka dicemuh dan dipijak pada perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lalu.

"Saya Melayu dan saya tidak bersetuju dengan poster yang menjijikkan ini. Ia tidak langsung mencerminkan ajaran agama Islam. Sungguh tidak bertamadun!" kata Ashraf Rose Afendi.

"Ekstrimis seperti ini memalukan Melayu! Kononnya terer sangat. Duduk seorang-seorang dalam gelap pun dah terkencing takut hantu. Saya tak sokong poster seperti ini," kata Muhammad Kamil.

Justeru, netizen meminta pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak fanatik yang mengeluarkan poster yang tidak bertanggungjawab tersebut.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved