ONEXOX

'SUKA HATI SAYALAH NAK BAWA ANJING DALAM PASAR RAYA'

on Sunday, September 6, 2015



JOHOR BAHRU - Tanpa sebarang rasa bersalah, seorang wanita membawa seekor anjing peliharaannya ke dalam pasar raya, menggunakan troli mengundang kemarahan orang ramai.

Gambar yang dimuat naik oleh Sharafazleen di laman Facebook pada 2 jam yang lalu, dikecam netizen kerana tindakan wanita itu tidak sensitif.

Menurut Sharafazleen, kejadian itu berlaku di Tesco Plentong, Johor Bahru dan dirakam oleh dirinya sendiri yang kini telah mendapat 200 perkongsian di laman Facebook.

Beliau juga telah mengadu perkara itu kepada pengawal keselamatan namun respon yang diberikan agak mengecewakan.

"Dah report tadi, tapi guard pun macam slow je," katanya.

Tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu menimbulkan keresahan pada pengguna.

"Sudahlah bawa anjing guna troli, anjing dia kencing pula tu. Dia ingat ini taman perumahan ke apa?" kata netizen.

Apa yang menjadi kebimbangan netizen, ialah troli yang digunakan itu telah dicemari dan menimbulkan kebimbangan pengguna terutama pengguna muslim.



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved