ONEXOX

'CUAI, KAKITANGAN HOSPITAL TERTINGGAL GAUZE DALAM PANGKAL RAHIM SAYA'

on Sunday, October 18, 2015



SUNGAI PETANI - Seorang ibu muda mendakwa kakitangan Hospital Sungai Petani telah melakukan kecuaian tertinggal kain kasa pembalut luka (Gauze) di dalam kemaluannya selepas melahirkan anak sulung pada 29 September lalu.

Norsyazwani Mohd Nasirudin, 25, sebelum itu telah dimasukkan ke hospital itu dan melahirkan anak secara normal.

Bagaimanapun, dua hari selepas bersalin, mangsa sering mengalami kesakitan di celah kangkang sebelum gauze tersebut secara tiba-tiba terkeluar dari kemaluannya selepas diurut di bahagian perut oleh ibunya.

"Setiap kali saya mahu duduk atau berdiri, saya sering rasa sakit pada celah kangkang. Saya beranggapan ia mungkin disebabkan jahitan selepas melahirkan anak," katanya.

Akibat kecuaian itu, mangsa terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang darah beku yang terkumpul di dalam rahimnya.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu akan mengambil tindakan undang-undang berhubung kecuaian kakitangan hospital berkenaan.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved