ONEXOX
BannerFans.com

KERAJAAN AKAN DAPAT UNDI DARI VAPOR KERANA TIDAK MENGHARAMKAN VAPE

on Friday, October 30, 2015



KUALA LUMPUR - Keputusan Kerajaan yang sebulat suara untuk tidak akan mengharamkan Vape, memberikan perkhabaran yang baik pada penggemar rokok elektronik berkenaan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laman Facebooknya.

Dalam status berkenaan, beliau menyatakan kabinet telah sebulat suara untuk tidak mengharamkan penggunaan vape selepas mengambil kira aspirasi anak muda.

Selasa lalu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam menegaskan Putrajaya akan mengharamkan Vape berikutan penggunaan rokok elektronik itu semakin menjadi trend.

Cadangan mengharamkan Vape itu disuarakan berikutan Kementerian Kesihatan bimbang penggunaannya akan menjadi isu besar dan pihak KKM perlu mengambil langkah awal untuk membendung rokok elektronik tersebut.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved