ONEXOX
BannerFans.com

'NAIKKAN KADAR DENDA GANTI MYKAD, CARA KERAJAAN NAK MENTEKDARAH DUIT RAKYAT!' - NETIZEN

on Sunday, October 11, 2015



KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan kadar denda baharu bagi kehilangan MyKad yang akan berkuat kuasa 15 Oktober ini, semalam.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam, KDN menetapkan bagi kes kehilangan MyKad buat pertama kali adalah RM100, RM300 kali kedua, RM1,000 bagi kali ketiga dan seterusnya.

Pengumuman kadar denda baharu itu dibuat bagi menangani masalah kehilangan MyKad yang disebabkan kecuaian individu.



Rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kadar kehilangan MyKad disebabkan kecuaian dari tahun 2010 hingga September 2015 adalah sebanyak 1,356,135 kes.

Sehubungan dengan itu, KDN mengambil langkah memperketatkan garis panduan bagi mengurangkan kes kehilangan MyKad.

Bagaimanapun di media sosial, netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengumuman itu yang kerana harganya tidak setanding dengan kualiti MyKad yang dikeluarkan oleh JPN.



"Selaras dengan itu juga, JPN juga perlu menaiktaraf MyKad. Ini dah tiga kali tukar. Cip rosak memanjang tak boleh baca. Penat-penat beratur di bank, dah sampai turn kita tak boleh dibaca pula. Disuruh pula ke JPN. Kos masa dan duit terbuang itu, JPN tak nak ganti ke?" kata Hanya Pemikir.

"Bayangkan kereta hilang. Dalam kereta pula ada laptop, ada dompet, phone, kasut mahal, jam G-Shock baru beli, vape RM17,000. Then pergi JPN kena bayar pula? RIP for rakyat," kata Ariff.

"Kalau tujuan untuk mendidik rakyat menjaga MyKad, itu bukan caranya. Ianya hanya akan menambah kebencian rakyat kepada kerajaan, Bagaimana kalau kehilangan MyKad berserta dengan laporan polis, percuma ke?" kata Mokhtar Ahmad yang pernah disuruh bayar denda meskipun ada laporan polis disertakan.


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved