ONEXOX
BannerFans.com

Sayu. Tunku Aminah Tutup Akaun Instagram Selepas Kontroversi Tidak Pakai Tudung

on Thursday, October 1, 2015



JOHOR BAHRU: Selepas dikritik kerana tidak memakai tudung, Puteri Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah mengambil keputusan menutup akaun Instagramnya.

Beliau berkata tindakan itu diambil kerana tidak mahu mana-mana pihak menghakiminya sesuka hati, lebih-lebih lagi yang tidak mengenalinya berdasarkan cara pemakaiannya.

“Saya percaya ini adalah keputusan terbaik yang pernah saya buat.

“Saya sedar bahawa menjadi perhatian ramai bukan cara saya dan saya benar-benar gembira selepas menutup akaun Instagram awal bulan ini,” katanya.

Tunku Aminah menegaskan apa yang dilakukan dalam kehidupannya adalah antara dirinya dan Allah SWT.

Malah Tunku Aminah menyatakan rasa terharunya apabila adik-beradiknya, terutama Tunku Temenggung Johor, Tunku Idris yang mempertahankannya selepas dikritik.

“Saya mendapat tahu tentang apa yang beliau lakukan selepas membacanya dalam akhbar The Star beberapa hari lalu dan semua saudara-saudara saya memberikan sokongan, saya benar-benar gembira,” katanya.

Tunku Idris sebelum ini mempertahankan Tunku Aminah dengan mengatakan adiknya memakai selendang untuk menutup kepala apabila menghadiri majlis keagamaan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved