ONEXOX

"Kalau Tak Tahan Sakit Jangan Mengandung" Kata-Kata Dari Staf Hospital Kuala Pilah Buat Pelakon Shahriza Mahmud Bongih

on Thursday, November 19, 2015



Kerana tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima dari sebuah hospital di Negeri Sembilan, seorang pelakon, Shahriza Mahmud yang popular pada era tahun 90an telah meluahkan rasa tidak puas hati di laman Facebooknya.

Beliau telah berkongsi kisah yang dialami adiknya yang bersalin dalam usia kandungan kira-kira lima bulan.

Di dalam tulisannya, shahriza menyatakan rasa tidak puas hati dengan doktor dan jururawat yang disifatkannya biadap kerana mengeluarkan ayat-ayat yang tidak sesuai diucapkan kepada seorang pesakit.

Menurut beliau, antara ayat yang dikeluarkan oleh kakitangan hospital berkenaan ialah 'kalau tak tahan sakit jangan mengandung'.

Berikut adalah apa yang ditulisnya di laman Facebook.




Beliau bagaimanapun menasihatkan agak mereka yang berhasrat ingin menjadi doktor atau jururawat supaya bukan sekadar memiliki ilmu dalam bidang berkenaan tetapi mempunyai ilmu dari segi kemanusiaan yang tinggi.

Shahriza turut memaklumkan bayi adiknya meninggal dunia kerana lahir tidak cukup bulan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved