ONEXOX
BannerFans.com

Taman Tasik Tampin jadi tempat lampias nafsu

on Thursday, November 19, 2015



TAMPIN – Apa nak jadi? Itu luah orang awam sebaik melalui Taman Tasik Tampin dan melihat tempat riadah berkenaan dicemari sikap segelintir individu yang menjadikannya kawasan melampiaskan nafsu.

Malah tinjauan Sinar Harian di lokasi berkenaan kelmarin dalam tempoh setengah jam mendapati, terdapat sepasang remaja duduk berdua-duaan malah seorang daripadanya masih berbaju seragam sekolah.

Ada juga kereta yang datang singgah, namun tiada pula pemandu atau penumpang yang turun walaupun selepas lebih lima minit berada di lokasi berkenaan.

Orang awam yang ingin dikenal sebagai Abdulah Hamid berkata, senario berkenaan biasa dilihat hampir setiap hari termasuk pada waktu tengah hari.

“Ada yang datang dan duduk terlalu rapat di tempat duduk disediakan. Tempat ini terbuka, pasangan ini perlulah jaga tingkah laku lebih-lebih lagi yang beragama Islam.

Kita pula malu lihat mereka, lebih-lebih lagi bila lihat anak muda yang masih jauh perjalanan hidup bertindak tak sopan seperti ini,” katanya semalam.

Pengunjung yang ingin dikenali sebagai Haikal berharap, pihak bertanggungjawab dapat memantau lokasi ini dan menahan mereka yang berkelakuan tidak bermoral jika perlu.

“Bagi pengajaran pada mereka ini, kalau boleh bina papan tanda dilarang buat maksiat di sini. Dari rasa malu, saya jadi marah bila lihat mereka tak ada perasaan segan dengan orang sekeliling.

“Kalau boleh, mahu saja saya yang bagi peringatan pada mereka, namun saya bimbang keselamatan saya kalau mereka tak puas hati dengan saya,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved