ONEXOX
BannerFans.com

BERITA 13,334 PEGAWAI KASTAM TERIMA 'BONUS TERGEZUT SEBULAN GAJI ADALAH PALSU!

on Thursday, December 17, 2015



PUTRAJAYA - Gambar salinan surat yang menyatakan 13,334 Pegawai Kastam dibayar 'bonus' sebulan gaji viral di laman sosial dan WhatsApp, sejak semalam.

Berdasarkan salinan surat yang diterima pada 16 Disember, juga dipercayai dibocorkan oleh kakitangan bank menunjukkan surat tersebut dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia menyatakan, seramai 13,334 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan diberi bonus sebulan gaji yang berjumlah sebanyak RM36 juta.



"Bayaran bonus itu diberi sebagai penghargaan dan pengiktirafan Kerajaan kepada usaha gigih JKDM dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab memungut hasil bagi pihak Kerajaan sepanjang tahun 2015.

"Walau bagaimanapun, anggota JKDM tidak akan dibayar pemberian khas RM500.00 seperti mana yang diumumkan oleh YAB Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, dalam ucapan Pembentangan Bajet 2016," merujuk kepada surat berkenaan.

Pegawai JDKM yang terbabit dalam pembayaran bonus itu dilaporkan akan menerima bayaran bonus tersebut pada awal Januari 2016, tarikh yang sama dengan penjawat awam yang lain menerima pemberian khas.



UPDATE 10.43 MALAM

Menurut sumber, salinan surat yang tersebar itu adalah palsu. Bagaimanapun tiada sebarang penjelasan lanjut yang diberikan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved