Setelah tersalah faham dengan comment seorang followersnya, Vii Narza, pelakon Nur Fazura enggan memohon maaf sungguhpun sedar akan kesilapannya itu.
Dalam penjelasan awal Fazura menyatakan pengguna media sosial harus berhati-hati menggunakan shortform yang menyerupai kata-kata kesat bagi mengelakkan salah faham pihak lain. Namun, tiada sebarang pemohonan maaf yang dibuat.
Tidak beberapa lama selepas itu, gambar Fazura membuat laporan polis pula dimuat naik di laman Instagram membuatkan netizen membuat andaian bahawa laporan itu berkaitan dengan isu KimK. Ekoran itu, kesilapan Fazura itu dijadikan sebagai bahan gelak ketawa netizen dan juga pengacara Gegar Vaganza, Nabil Ahmad, semalam.
Bagaimanapun, Fazura tetap mempertahankan tindakannya menegur wanita itu.
"Kalau benar dia memuji rakan saya itu persis Kim Kardashian, itu antara dia dengan Tuhan. Tapi jika niatnya cuba mempersenda, dialah yang harus memohon maaf kepada rakan saya itu kerana ia dibuat di media sosial.
"Rakan saya pun ada perasaan. Tidak semua orang tahu cerita sebenar," katanya yang juga enggan mengulas lanjut mengenai laporan polis yang dibuatnya baru-baru ini.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment