ONEXOX
BannerFans.com

PUNCA SERVIS KTMB LEMBAB MENGALAHKAN KURA-KURA TERJAWAP SAYU

on Thursday, December 17, 2015



Wahai KTM Berhad, kalau rasa tak mampu nak upgrade Touch and Go machine, jangan galakkan penumpang guna Touch and Go. Kalau malas nak upgrade sistem perjalanan, jangan naikkan harga tambang.

Tawaran pilihan KTMB bagi penumpang, kalau guna Touch and Go, harga tiket lebih murah berbanding beli tiket di kaunter. Obviously, orang akan pilih yang lebih murah kan? Tapi kenapa tak tambahkan machine Touch and Go? Bila nak beli tiket, satu kaunter saja yang buka. Kaunter yang lain pula ditutup. Apa fungsi kaunter yang tutup itu di waktu kemuncak?

KTMB naikkan harga bukan calang-calang, sampai 100%! Kalau servis KTMB tip top seperti Rapid, saya tak kisah bayar mahal. Tetapi servis KTMB lembab mengalahkan kura-kura berlumba dengan arnab dalam cerita kanak-kanak.

Page official FB KTMB  pun kali terakhir dikemaskini pada 2012. Dalam laman sesawang KTMB tak ada satu pun pilihan untuk orang awam membuat aduan mengenai perkhidmatan. Takutlah tu sebab memang tahu banyak aduan kan? Kan? Kan?

Nak naikkan harga perkhidmatan, tingkatkanlah dulu kecekapan perkhidmatan itu. Barulah pengguna tidak merungut untuk bayar mahal dan rasa berbaloi bayar mahal.

Saya tak marah tapi kecewa dengan servis KTMB. Asyik delay saja, masalah itu masalah ini. Pang nak?!

Sekian luahan hati penumpang dari tambang harga RM5.60 ke harga RM7.20 sehari untuk perjalanan 8 stesen yang memakan masa antara 30 minit - 1 jam.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved