ONEXOX
BannerFans.com

Cerita Helikopter Dinaiki Najib Nyaris Terhempas Buat Netizen Bertambah Sayu

on Monday, February 22, 2016



KUALA LUMPUR: Semalam genap 40 tahun penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam arena politik tanah air.

Sepanjang 40 tahun itu, anak sulung kepada bekas Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak dan Tun Rahah Muhammad Noah menyifatkan perjalanan kariernya dalam dunia politik sebagai penuh berliku dan sarat dengan pelbagai kisah suka, duka, pahit serta manis.

Antara detik yang tidak dapat dilupakan dalam hidup presiden UMNO itu yang tidak pernah dikongsi kepada orang ramai adalah peristiwa dimana beliau hampir maut dalam satu kejadian selepas helikopter yang dinaiki nyaris-nyaris terhempas di kawasan Janda Baik, Pahang pada 1987.

“Sepanjang 40 tahun sudah tentu banyak sekali yang saya terpaksa hadapi dan kalau Allah tak melindungi, mungkin umur saya tak panjang sampai hari ini. Saya pernah beberapa kali nyaris maut tetapi tidak ramai orang tahu.

"Salah satunya helikopter yang dinaiki nyaris-nyaris terjatuh di kawasan Janda Baik, namun Alhamdulillahlah saya selamat," kata Najib dipetik Bernama.

Najib yang menjadi ahli Parlimen Pekan sewaktu berusia 22 tahun 7 bulan pada 1976 berkongsi kisah duka tersebut ketika berucap pada majlis solat hajat perdana sempena 40 tahun melibatkan diri dalam politik dan tahlil untuk Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein di Masjid Sultan Ahmad Shah Pekan di sini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Menceritakan lagi peristiwa cemas yang dilaluinya, Najib berkata beliau juga hampir terjatuh sewaktu bertukar bot ketika melawat kawasan di Pulau Tioman semasa Rompin masih di berada di bawah Parlimen Pekan.

"Kereta yang saya naiki juga pernah kemalangan... terbalik sewaktu hujan. Ketika itu isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) sedang mengandung dan sedar-sedar sahaja kereta dimasuki air, namun Alhamdulillah kami selamat," katanya.

Menurut Najib lagi, pada awal penglibatannya dalam dunia politik beliau tidak mempunyai keyakinan memandangkan beliau masih muda dan baharu pulang dari luar negara.

“Cuba bayangkan umur 22 tahun macam mana agaknya perasaan pada ketika itu. Hendak bertanding, boleh atau tidak. Saya pada ketika itu baru balik dari London, baru bekerja dan bercakap dalam bahasa Melayu pun masih gugup.

“Maklumlah lapan tahun belajar di United Kingdom (UK), hendak bagi ucapan orang Kedah kata ketaq lutut dan saya terpaksa belajar daripada orang Pekan,” ujarnya.

Najib mengambil alih tampuk pimpinan sebagai Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Kakakaka....


February 22, 2016 at 11:14 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved