ONEXOX
BannerFans.com

Afiq Muiz: Apa Dosa Saya Digelar Anak Derhaka?

on Tuesday, May 14, 2013


KUALA LUMPUR, 14 MEI 2013: Dek kerana harta dan wang ringgit, ibu kepada pendatang baru dunia lakonan, Afiq Muiz atau Muhammad Afiq Muiz Azman Shah didakwa telah sanggup memburukkan anaknya sendiri di sebuah portal hiburan hari ini. Hal ini dilihat telah merosakkan reputasi serta seolah-olah menabur pasir ke dalam periuk nasi Afiq Muzi yang kini bergelar pelakon sepenuh masa

Kenyataan ibu Afiq, Hasliza Mohd, 48, di portal mStar yang mendakwa bahawa pelakon itu sudah membuang keluarganya telah disangkal sekeras-kerasnya ole Afiq Muiz sendiri yang ditemui di sidang akhbar tergempar sebagai membalas dakwaa tersebut.

Sebaliknya Afiq berkata, sebenarnya dia telah diusir sendiri oleh ibunya itu yang mengakui tidak suka serta tidak merestui hubungannya dengan pelakon baru, Ainur Syakina Azman atau Ina dan menganggap bahawa gadis itu hanya mahu mengikis harta milik anaknya. Dia turut membidas semua dakwaan yg dibuat ibunya itu serta amat kecewa dengan tindakan wanita yang dianggap seperti membuka pekung di dada sendiri.



"Memang dia ibu saya tapi apa yang dia buat telah menjatuhkan maruah saya kerana dia telah memburukkan nama saya. Saya tidak tahu apa salah saya sampaikan ibu saya sendiri sanggup berbuat demikian.

"Selama in,i apa saja yang mereka minta saya penuhi. Saya cuba membantu yang termampu dan tak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai anak. Sekarang hal keluarga telah melibatkan orang luar serta menngeluarkan dakwaan yang tidak betul. Bila masa saya bagi duit kepada Ina.

"Saya sendiri rasa hairan setiap kali ibu menghubungi saya, dia tidak pernah pun bertanyakan pasal kesihatan saya atau masalah saya. Sebaliknya, yang dia selalu tanya adalah pasal duit.

"Bila dah jadi macam ni, semua ahli keluarga salahkan saya semua cakap saya jahat anak derhaka, mereka maki dan sumpah saya. Saya ada semua mesej yang mereka hantar," jelas Afiq Muiz kepada murai.com.my.





Dalam nada hiba hingga menitiskan air mata, anak muda berusia 21 tahun itu menyatakan perasaannya yg teramat malu dengan apa yang telah terjadi terhadap dirinya yang baru mahu mengenal erti hidup.

"Saya tak tahu apa yang ibu mahukan sebenarnya. Saya tersangat-sangat malu apabila dipanggil sebagai anak derhaka. Orang akan kenal yang saya ini adalah Afiq Muiz anak derhaka.

"Sebagai orang yang baru nak bermula, mana saya nak letak muka saya bila ibu sumpah dan maki saya macam-macam. Tetapi, Alhamdulillah rezeki saya Allah tetap beri sebab saya tidak salah. Saya teraniaya!,"tambahnya lagi

Afiq menambah walaupun dia sangat sedih terjadinya perkara sebegini, namun dia tidak mahu mengalah kerana dia seorang yang berpendirian. Dia berharap ibunya akan tampil dan memohon maaf terutama kepada pihak yang telah diburukkannya iaitu Ina dan ibu Ina.

"Kenapa mesti melibatkan orang luar dalam masalah keluarga dan menuduh mereka sebarangan "Saya berharap ibu saya akan tampil memohon maaf kepada Ina dan ibunya serta tidak lagi mengulangi kesilapannya ini.

"Saya sering kali ingin membetulkan semua kesulitan yang berlaku tapi akhirnya mereka tetap juga memburuk burukkan nama saya,"cerita afiq muiz dalam nada kecewa setelah menyedari dia tidak mempunyai saudara untuk mengadu, malah bimbang akan dicederakan seandainya mereka kerana termakan dengan cerita daripada ibunya itu.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

Percutian yang mendamaikan said...

sokong kau Kuda Belang..msing2 cri publisiti..selebihnya hanya mereka 2 beranak yang tahu.


May 14, 2013 at 4:42 AM
Anonymous said...

Sebagai ibu mmg x ptut ckp mcm 2,wlu marah mcm mane pun...kesian kat ank 2..


May 14, 2013 at 4:59 AM
Anonymous said...

nampaknya ada 2 orang penyokong penderhaka..bagi komen positif bukan buat fitnah..


May 14, 2013 at 5:36 AM
Anonymous said...

walau apapun wajib taat dgn ibu selagi tidak menyuruh kita membuat sesuatu yang menyalahi agama..ibu n bapa hendak yg terbaik buat kita. kalau pun tak suka dgn pilihan kita laki ke pompuan ke pandai2 ambil hati mak bapak kita..jgn sebab kan org yg kita cintai hingga buang keluarga kita..doa banyak2 semoga mak tu lembut hatinya..siapa dia nak suruh mak dia minta maaf pd pompuan n mak pompuan tu..ada ke mak sendiri buat mcm tu..


May 14, 2013 at 5:37 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved