ONEXOX
BannerFans.com

Ashraf Muslim Nafi Isteri Kedua Sudah Hamil, Masih Mencuba

on Tuesday, September 3, 2013

Lewat petang semalam, kami terima beberapa keping gambar yang menunjukkan pasangan pengantin baru Ashraf Muslim dan isteri keduanya, Sakinah luangkan masa bersama di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur.

Itu bukan perkara yang luar biasa, mereka sudah bergelar suami isteri — suka hati merekalah hendak lakukan apa pun bersama sama.



Tetapi, pengirim e-mail ini turut memberitahu kami yang fizikal Sakinah kelihatan seperti orang sedang mengandung selain perbuatan Ashraf Muslim yang mengusap perut isterinya itu di’khalayak ramai beberapa kali. Romantic much?





Kami menghubungi Ashraf Muslim untuk mendapatkan kepastian tentang khabar angin ini dan selebriti popular itu pantas menafikan yang isteri keduanya itu sudah hamil.

“Takdelah. Belum mengandung atau apa apa — insyaAllah kalau ada rezeki nanti,” jawab Ashraf Muslim ringkas di’ikuti ketawa penuh makna.

Isu anak ini menjadi topik perbualan utama di kalangan peminat dunia hiburan tempatan selepas perkahwinan kedua Ashraf Muslim diketahui umum kerana di’katakan itulah antara sebab kenapa pelakon ini berkahwin lain.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved