ONEXOX
BannerFans.com

Aeril Zafrel Cintakan Izara Dan Bukannya Wawa Zainal?

on Thursday, October 10, 2013

Minggu lepas kita dikejutkan dengan gosip panas tentang perhubungan Aeril Zafril dan Wawa Zainal sehinggakan semua pihak saling tuduh menuduh dengan alasan ingin menjatuhkan kepopularitian.

Ianya masih menjadi teka-teki selagi mereka tidak memberikan penjelasan yang sebenar di sebalik gosip ini.

Namun macam mana kalau kami katakan Aeril Zafrel sebenarnya bercinta dengan Izara Aishah dan bukannya Wawa Zainal seperti yang digembar-gemburkan?

Pastinya ramai terkejut kerana tiba-tiba sahaja nama Izara terkait dengan Aeril yang kebetulan sedang dilanda kontroversi panas. Jangan cepat melatah, kerana kisah cinta mereka hanyalah di dalam lakonan sahaja.



Untuk makluman anda, Aeril dan Izara diberi tanggungjawab untuk membawa watak pasangan bercinta dalam sebuah telemovie berjudul Cinta Mat Semperit

Selain daripada mereka berdua, telemovie istimewa bersempena Hari Raya Aidil Adha itu turut dibintangi oleh Fasha Sandha dan Roy Azman.

Cinta Mat Semperit mengisahkan tentang Kak Lola (Fasha Sandha) yang handal membuat kuih semperit dan kelebihannya itu membuatkan dia dikenali sebagai pembuat kuih semperit terbaik di kampungnya.

Namun, bakat Kak Lola itu dicemburui oleh Chef Kamus (Roy Azman). Chef Kamus ingin mengetahui rahsia dan bahan-bahan yang digunakan oleh Kak Lola dalam membuat kuih semperit.

Disebabkan itu, Chef Kamus meminta adik perempuannya, Ariani (Izara Aishah) untuk menjadi perisik dan mendapatkan resepi kuih semperit Kak Lola.

Ariani mula berkawan rapat dengan anak lelaki Kak Lola, Ariel (Aeril Zafril). Dalam masa sama, Ariani meminta Ariel mendedahkan resepi kuih semperit Kak Lola kepadanya.





Ariel yang telah lama meminati Ariani sanggup mempelajari cara-cara membuat kuih semperit dari ibunya demi memenangi hati gadis itu.

Pelbagai adegan lucu dan menarik terjadi sepanjang Ariani dan Chef Kamus cuba mendapatkan resepi istimewa kuih semperit Kak Lola.

Berjayakah Chef Kamus mendapatkan resepi kuih semperit Kak Lola? Bagaimana pula dengan kisah cinta Ariel dan Ariani?

Kalau anda nak tahu apa yang terjadi, jangan lupa saksikan tayangannya di TV3 pada 15 Oktober 2013 (Selasa) jam 10 malam.

Tak sabar rasanya nak tonton cerita ni

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved