Rakan kamera litar tertutup (CCTV) hotel bajet di Damai, Luyang menunjukkan sebuah kereta memecut laju selepas beberapa das tembakan dilepaskan ke arah pintu masuk hotel tersebut .
"Mereka kelihatan seperti sekumpulan remaja, mereka memandu laju selepas insiden tembakan itu.
"Anda tidak dapat melihat imej itu dengan jelas tetapi mereka kelihatan muda," kata penyelia sebuah restoran, Dominic Peter yang menyaksikan rakaman CCTV itu.
Insiden tersebut menyebabkan Sekurang-kurangnya 25 premis perniagaan mengalami kerosakan termasuk cermin pecah.
"Hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa guli di tempat kejadian dipercayai dilakukan kumpulan tidak bertanggungjawab dan bermotifkan untuk menimbulkan kerisauan kepada orang ramai.
"Semua kejadian berlaku dalam kira-kira satu jam dan dipercayai membabitkan beberapa kumpulan yang menaiki tiga kenderaan," kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikon.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment