ONEXOX
BannerFans.com

Menteri pertahan majlis perkahwinan mewah anak

on Sunday, January 12, 2014





Perkahwinan anak Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu, Nina Sabrina dengan pereka fesyen Indonesia, Jovian Mandagie di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Gambar adalah majlis persandingan kedua pada 14 Disember 2013. Ikuti berita TMI di bawah.

Ia digelar “perkahwinan paling hebat tahun ini” kerana kemewahannya, tetapi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) mempertahankan dan berkata majlis perkahwinan serta resepsi makan malam mewah anak perempuannya diadakan di Kuala Lumpur sebagai perbelanjaan berhemah ketika Putrajaya mengambil langkah penjimatan.

Anak perempuan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu, Nina Sabrina berkahwin dengan selebriti yang juga pereka fesyen Indonesia, Jovian Mandagie menerusi majlis perkahwinan mewah termasuk majlis akad nikah di bangunan bekas Istana Negara serta kenduri dua hari di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur, yang dihadiri oleh golongan raja, selebriti, ahli politik dan pembesar negara.

“Untuk mengurangkan kos, saya  meminta menantu saya untuk mengadakannya di KL. Jika ia dibuat di Jakarta, keluarga dan saudara-mara saya perlu terbang ke sana dan akibatnya, saya perlu menanggung kos yang lebih untuk tiket penerbangan dan penginapan.

“Jadi itulah sebabnya majlis diadakan selama dua hari – satu untuk keluarga saya, dan satu lagi untuk besan saya. Tetapi tanpa mengetahui faktanya, saya diserang,” kata Ismail kepada The Malaysian Insider, sambil menambah bahawa majlis resepsi di kampungnya di Temerloh, Pahang dilakukan secara gotong- royong iaitu semua orang menyumbang tenaga untuk membantu.

Bagaimanapun, menteri itu enggan mendedahkan kos perkahwinan itu.

“Tiada siapa di Malaysia mengisytiharkan perbelanjaan perkahwinan anak mereka, adakah saya perlu?” katanya.

Majlis perkahwinan anaknya turut menampilkan barisan penyanyi terkenal Malaysia termasuk Datuk Jamal Abdilah dan diva Indonesia, Ruth Sahanaya bagi menghiburkan tetamu dengan lagu mereka.

Dipersoalkan kerana menggunakan bekas istana negara untuk majlis akad nikah, di mana sewa adalah RM25,000 untuk lapan jam, Ismail Sabri berkata, menantunya  menerima “pakej yang baik” sebagai balasan untuk publisiti.

“Ia adalah majlis perkahwinan pertama diadakan di sana. Beliau adalah seorang pereka terkenal dan perkahwinan ini menjana banyak liputan, termasuk program Mahligai Cinta di TV3. Jadi ini adalah iklan yang baik untuk Istana Negara bagi pakej perkahwinan yang mereka akan tawarkan,” katanya.

Awal minggu ini, rakan sekerja Ismail, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikritik kerana menganjurkan parti “hari jadi” mewah di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur yang tetamunya mendakwa ia menjadi majlis sambutan Tahun Baru. – The Malaysian Insider.

Ada yang berkata dah anak dia kahwin dengan orang kaya! Lagi kalau nak tengok contoh wasatiyyah laungan Najib, lihatlah contoh pemimpin yang bukan Umno dan BN!!





Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved