Secara jujurnya dia mengenali Aman, bagaimanapun tidak pernah menyatakan permintaan seperti itu, kata Fauziah.
Menurutnya, kali terakhir kami bertemu pun beberapa hari lalu ketika terserempak di pusat beli-belah.
"Jadi tidak mungkin saya mengatakan sesuatu seperti itu memandangkan kami hanya terserempak," katanya dipetik Utusan Malaysia selepas sesi ramah mesra bersama Shila Amzah hari ini.
Fauziah juga menolak dakwaan Aman mahu menggunakan populariti Shila dan memberitahu itu semua hanya salah faham.
“Saya tidak rasa dia berbuat begitu hanya kerana mahu meraih populariti. Mengenali Aman, saya rasa dia seorang yang baik.
“"Lagipun dia masih muda, jauh lagi perjalanannya dalam industri ini," katanya.
Harian Metro semalam melaporkan, Aman atau nama sebenarnya Abdul Rahman Nassim memberitahu, dia telah diminta oleh ibu Shila untuk mengenali Shila.
“Kebetulan saya memang rapat dan baik dengannya sebelum ini. Memang kami dalam kelompok kawan yang sama tapi tak ada apa-apa yang serius”.
“Saya dan keluarganya pun memang baik dan kami selalu makan bersama kalau ada kesempatan. Mungkin sebab ibunya senang dengan saya, dia suruh saya kenal lebih rapat dengan Shila,” ujarnya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment