Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zailan Adnan berkata, siasatan terperinci akan dilakukan berdasarkan aduan yang diterima daripada pasangan berkenaan melalui penubuhan lembaga siasatan perubatan.
Katanya, lembaga siasatan itu dianggotai pakar perubatan bagi menyiasat dan menyelidik setiap sudut.
“Bagaimanapun, kita akan mengambil masa bagi melengkapkan siasatan,” katanya dekat sini.
Sementara itu, Pengarah HTAN Dr Harlina Abdul Rashid berkata, pihaknya sudah meneliti laporan perubatan dan aduan pasangan terbabit.
“Siasatan akan dijalankan tetapi akan mengambil masa dan apabila kertas siasatan diperoleh, kami (HTAN) akan memaklumkan perkara itu kepada mereka,” katanya, semalam.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, anak kembar Muhd Azmi Hashim, 30, dan isteri Shariffah Kalsum Syed Abu Bakar, 22, meninggal dunia selepas dilahirkan secara pembedahan.
Pasangan itu mendakwa kematian itu disebabkan ketiadaan doktor pakar sejak isterinya dimasukkan ke hospital berkenaan dua hari sebelum kejadian berlaku pada 16 Januari lalu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment