Beliau yang juga menteri kewangan berkata demikian selepas membeli seekor ayam berharga RM1 hari ini.
"Saya sudah beli satu, ada 999 ekor lagi," katanya sambil tersenyum.
Beliau juga berkata, harga istimewa itu hanya terpakai terhadap 1,000 ekor ayam yang dijual di NSK Trade City, Kuala Lumpur.
Bercakap dalam Majlis Pelancaran Anugerah Kedai Harga Patut 2014 di pasar raya besar di Kuala Lumpur hari ini, Najib berkata, sebanyak 269 premis di seluruh negara layak untuk itu.
Menurutnya lagi, ia sebahagian usaha kerajaan bagi membantu pengguna membuat keputusan bermaklumat.
“Jangan mengadu harga barang naik kerana kamu mempunyai pilihan,” katanya.
Katanya, jika membuat perbandingan, pengguna masih mampu membeli dengan harga munasabah.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment