Hanez Suraya yang sebelum ini pernah ada menyatakan hasrat untuk berkahwin dalam tahun ini nampaknya menyerahkan soal jodoh itu kepada perancangan Tuhan selepas apa yang terjadi namun pelakon itu tetap mengharapkan jodohnya dengan Romie.
“Biarlah takdir yang menentukan hala tuju perancangan kami. Saya tidak mahu terburu-buru dalam perkara yang membabitkan masa depan. Saya juga sama sekali tidak akan mendesak Romie untuk segera berkahwin dengan saya. Saya pun masih tahu malu”
Pelakon ini juga menolak sekeras kerasnya beliau terpikat dengan Romie kerana kekayaan jejaka itu dengan menyatakan hati budi dan kesediaan lelaki itu menerima diri beliau seadanya sebagai satu tarikan selain ketulusan cinta ketika menghadapi dugaan ketika ini.
“Kalau dapat bakal suami orang kaya itu adalah bonus tapi apa yang penting adalah hati budi”
Itu apa yang diungkapkan Hanez Suraya dan anda boleh membaca transkrip temubual penuh bersama Hanez Suraya di Utusan Malaysia. Enjoice!
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment