Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan tiga sedang menunggu seorang diri di kerusi hadapan sekolah terbabit didatangi seorang cabullelaki yang duduk bersebelahan dengannya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Ng Kong Soon berkata, ketika berada tidak jauh daripada pintu utama sekolah terbabit, secara tiba-tiba lelaki yang tidak dikenalinya itu terus memeluk mangsa.
“Berlaku pergelutan sehingga mangsa jatuh ke lantai. Suspek juga bertindak mengoyak baju yang dipakai mangsa. Mangsa kemudiannya menjerit meminta bantuan menyebabkan suspek terkejut dan melarikan diri dengan sebuah motosikal.
Kelibat suspek yang memakai baju berkolar berwarna putih atau kelabu dan berseluar jeans berwarna hitam dirakam oleh CCTV ketika kejadian, Sabtu lalu. – Foto Sinar Harian
“Mangsa mengalami sakit di bahagian dada terus memberitahu kejadian itu kepada bapanya yang tiba tidak lama kemudian sebelum membuat laporan polis di Balai Kampar,” katanya di sini, hari ini.
Kong Soon berkata, pihaknya telah meneliti rakaman CCTV di kawasan parkir dan masih mengesan suspek berkenaan.
“Orang ramai yang terlihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menyalurkan maklumat dengan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar atau menghubungi talian 05-4650020,” katanya
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment