Teguran itu dibuat kerana Lana Nordin yang pernah menjalin hubungan cinta dengan Johan As’ari didakwa cuba mencampuri urusannya dengan Lisdawati.
Menurut Sharnaaz, perkara itu tidak mustahil berlaku memandangkan Lana dan Lisdawati kini berkawan baik, malah mereka bersama-sama berlepas ke Makkah untuk menunaikan umrah, Jumaat lalu.
Ketika diminta memberi penjelasan sejauh mana kebenaran dakwaan itu, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin menegaskan, perkara itu tidak pernah berlaku. Katanya, Sharnaaz patut menunjukkan bukti dia mencampuri kemelut yang berlaku sebelum membuat sebarang tuduhan.
“Hendak kata saya menghubungi dia untuk bertanya atau menyerangnya kerana bertindak demikian terhadap Lisdawati, tidak pula kerana saya tidak menyimpan nombor telefonnya."
“Mustahil saya mahu mencampuri urusan mereka. Secara logiknya, kenapa saya perlu bertindak demikian dan apa yang saya dapat."
“Tak perlu pening kepala memikirkan masalah orang lain kerana saya mahu menunaikan umrah. Banyak persiapan perlu buat.”
Tambah Lana, meskipun bersahabat baik dengan Lisdawati, dia tidak pernah campur tangan dan andai benar dia memberi kenyataan atau bercerita di belakang Shaarnaz, tunjukkan buktinya.
“Kalau benar saya campur tangan, tunjukkan buktinya. Ada tak mana-mana artikel menyiarkan kenyataan saya mengulas persengketaan yang berlaku antara Sharnaaz, Lisdawati dan Fauzi."
“Kalau kata di akhbar tidak ada, boleh teliti dalam laman sosial Instagram dan Twitter saya. Ada tak saya beri komen membabitkan persengketaan mereka. Kalau jumpa, sila tunjukkan kepada saya.”
Keluh Lana, apabila namanya turut dikaitkan dengan permasalahan itu, pasti ia menimbulkan rasa kurang senang dan salah tanggapan bahawa dia suka mencampuri urusan orang lain, walhal apa yang berlaku di antara Sharnaaz dan Lisdawati tiada kaitan dengan dirinya.
“Perkara ini bagi saya remeh dan tak perlu campur tangan kerana ia akan buat masalah kian berpanjangan. Beginilah, cari bukti dan teliti dulu sebelum petik nama saya."
"Adalah sangat tidak bagus jika nama orang yang tiada kaitan diseret sama kerana ia memberi gambaran negatif kepada individu berkenaan di kemudian hari.”
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment