ONEXOX
BannerFans.com

Bekas ahli politik nak korek berbilion harta karun di Pulau Nangka, Melaka

on Monday, April 14, 2014

Teori mengenai wujudnya harta karun yang ditanam di Pulau Nangka yang merupakan sebahagian daripada kekayaan yang disimpan sultan terakhir Melaka, Sultan Mahmud.

Sebahagian besar jongkong emas telah dibawa untuk mengelak daripada diambil Portugis yang menakluk Melaka pada 1511. Kisah yang dirahsiakan berabad-abad masih tidak luput sehingga ke hari ini.

Sultan Mahmud dicatatkan cuba beberapa kali menawan semula Melaka tetapi tidak berjaya, mungkin kerana kekayaan yang ditinggalkan Baginda.

Menurut pakar sejarah Portugis pada abad ke-16, Portugis Fernao Lopes de Castanheda berhubung penaklukan tersebut, tentera yang menawan bandar itu tidak dapat mencari kekayaan Sultan itu.



Apa yang mereka cari adalah emas dalam bentuk jongkong, sutera, lakuer dan porselin.

Beliau menulis: “Mereka begitu marah bahawa Raja (Sultan) telah membawa segala khazanah, dan menuntut bela dengan membakar kediaman Raja (istana Sultan).

“Gabenor (Alfonso d’ Albuquerque) memohon maaf di atas perbuatan yang melampaui batas itu, terutama apabila beliau mengetahui khazanah yang terkandung di istana tersebut.

“Beliau yang memberi perintah untuk memadamkan api tetapi sudah terlambat keranan istana itu sudah hangus terbakar.”

Apabila bangunan Dewan Undangan Negeri yang lama di Bukit St Paul sedang dibina pada 1960, runtuhan struktur lama dipercayai merupakan peninggalan istana, ditemui. Kira-kira 7,000 serpihan tembikar ditemui di kawasan itu.

Sejarah mencatatkan harta yang diambil Albuquerque menggunakan kapal ‘Flor de la Mar’ adalah peti emas, permata, meja emas, pelbagai jenis batu permata, dua patung singa tembaga dan gelang sakti milik Raja Sabandar, yang hanya sebahagian kecil daripada kekayaan Sultan.

Bagaimanapun, sumber kekayaan yang dibawa menerusi ‘Flor de la Mar’ itu hilang apabila kapal tersebut karam dalam kejadian ribut di luar Sumatera pada Disember 1511.

Sejak itu, terdapat banyak percubaan untuk mencari kapal karam dan harta karun itu.

Terkini apabila usaha berkenaan dilakukan oleh seorang bekas ahli politik, lapor mStar Online.

Permit juga telah diberikan kepada dua syarikat tempatan untuk menjalankan kerja-kerja penggalian, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved