Minggu ini terlalu banyak berita sensasi mengenai tudung Eksklusif Fareeda. Kritikan demi kritikan diterima oleh pengguna media sosial daripada isu rampasan tudung Fareeda tiruan sehinggalah kepada kualiti dan harganya yang dianggap terlalu mahal.
Seakan pengakhiran berita yang amat menarik pada minggu ini apabila satu lagi artikel diterbitkan oleh seorang blogger mengenai tudung Fareeda. Namun, artikel itu bukanlah suatu yang negatif tetapi hanya sebagai alternatif untuk kelihatan cantik seperti tudung Mawar Fareeda.
Blogger Yuna Bella dalam satu nukilan di blognya memperkenalkan gaya penggunaan tudung bawal yang agak menarik dan beliau menggelarnya sebagai "Tudung Bawal Mawar Fizo Omar". Jom Ikuti nukilan beliau:
Setengah orang beranggapan kalau pakai tudung bawal muka nampak muda , macam budak , kalau pakai tudung awning nampak tua , nampak macam-macam lah . aku salah seorang pecinta bawal , sebab bila pakai shawl atau tudung awning aku nampak selekeh . ehhh ? padahal kalau time serabai tu pakai apa pun semak je mata memandang .
in love dengan dress dia . bila tengok tudung fareeda ni ayat cliche jugak
"cantik tapi singkat , dah la mahal pulak tu"
kepada yang tak suka tudung awning , tapi nak bergaya macam mawar sila teruskan membaca . hehehehe . aku namakan gaya tudung ni , tudung bawal mawar fizo omar , kang aku letak nama fareeda tak pasal-pasal timbul isu paten . aku tau bila aku pakai tudung macam tu ramai mok cik-mok cik , adik-adik , kakak-kakak yang duk usya gaya tudung aku . muahahahhaha . ok . perasan . aku tipu jer .
founder dia adik aku yang tudung pink tu , yang pasti dua-dua orang belasah baju aku -___-"
versi aku pulak macam bawah ni :
nampak tak , acah-acah mawar , tapi masih labuh dan yang penting , ia sejenis tudung bawal :)
Jom cuba :
mesti ada pin , dan brooch besar , make sure dia punya jarum panjang , so senang nak pin .
guna bawal biasa jer , pastu samakan yang depan .
pakai macam biasa .
untuk yang tengkuk pendek macam aku , boleh pin kat belakang , lagi pun aku dah biasa letak pin , nampak lagi kemas , tak nak letak pon boley :)
ok start gumpalkan tudung , boleh start dari tengah tudung atau jarak sejengkal macam tu
lipat tudung secara menaik
boleh cuba lipat siap-siap then terus pin atau pun , buat satu-satu macam dalam gambar
ok bajet lah nak singkat atau labuh . sebab tu kena pin jang panjang , kalau x , xboleh nak pin .
selesai pin , jangan susah hati . dia memang akan messy macam ni . just adjust dan cantikkan lipatan tu .
nak senang , buat macam dalam gambar ni , satukan hujung yang bercabang .
pin kat belakang tudung yang di kemaskan tu .
siap ! kalau rasa singkat , boleh turunkan lipatan tu or jangan pin belakang tudung :) thanks untuk adik aku yang sanggup jadi model , senang aku bagi arahan . muauahaha .
sekarang ni nak pergi mana pun aku buat gaya camgini jer . senang , ringkas .
selamat mencuba ya ;)
Sumber: Yuna Bella Blog
Menarik bukan. Yuna Bella memang layak mendapat anugerah blogger kreatif:)
Kongsikan
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 17 comments... read them below or add one }
TERBAEKKKK....
April 13, 2014 at 4:30 PM
Cantik dan menutup dada...
April 13, 2014 at 4:52 PM
Tp dik ce bg nama lain utk gaya bawal kretip ni...masuk nama mawar fizo plak..xsesuai langsung..celetak bebela yunana ke..huhu!!
April 13, 2014 at 6:16 PM
Setuju sangat.
April 13, 2014 at 7:18 PM
Idea yang sangat menarik dan bernas sekali. Tahniah! Namun, saya kurang setuju dengan gelaran tudung tersebut. Tidak perlulah kita membabitkan nama mawar & fizo omar. Its quite insensitive.. nevertheless, a job well done.
April 13, 2014 at 7:39 PM
Btollah..cantek dik..kretip bleh try buat time nak g keje nt..pakai tdung mcm mawar tuh pun dah trend berlalu..skrg bawal dah blik di psaran..cume name tu kne tukar..kalau boleh patern kan rekaan adik ni..heheh
April 13, 2014 at 9:05 PM
Sangat2 setuju...jadikan rekaan adik ni...xlusif yg positif..sesuai utk semua gred manusia...miskin n kaya..tua n muda boleh bergaya dgn penuh islamik
!!
April 14, 2014 at 2:33 AM
i liked too...nice n simple...bagi jer nama yuna bella style
April 14, 2014 at 3:19 AM
Bawal D'Bella
April 14, 2014 at 5:42 AM
Thorbaekkk
April 14, 2014 at 6:30 AM
Letak nama adik jelah nama tudung tu. Hihi
April 14, 2014 at 9:07 AM
Beringat ya. Jgn la dan elakkan beropol dan letak brooch pada celah tuu. Mengarah mata org ke situ plak jadinya.
April 14, 2014 at 4:41 PM
Cantik.....
April 15, 2014 at 2:09 AM
Aunty dah pakai style ni sejak 5 tahun yg lalu dik...cuma x diblogerkan ajew..adik kena letak jenama sendiri..buat apa nak sabitkan nama mawar ngn fizo omar lak..nnti x psl2 dia org saman mintak royalti sbb guna nama dia org..
April 15, 2014 at 3:58 AM
Best best besttt !!! Akan ku kluarkan tudung2 bawal yg tersimpan dalam bakul...tahniah dan terbaekkkk..tudung bawal YB..
April 15, 2014 at 7:54 AM
Terbaekkkkk
April 15, 2014 at 8:01 AM
Saya pon nk try ... kembali pakai bawal.. biar nmpk muda sket.. perasan..
April 25, 2014 at 4:41 PM
Post a Comment