ONEXOX
BannerFans.com

Isu Rampas Suami Orang, Hanez Suraya Mohon Tarik Diri Jadi Duta Aura White

on Tuesday, April 15, 2014

PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya telah membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya sebagai duta produk kecantikan Aura White  gara-gara kontroversi percintaannya dengan suami orang.

Bagaimanapun pelakon itu tidak pernah digugurkan sebagaimana diperkatakan segelintir pihak sebelum ini.

Pegawai pemasaran produk itu, Nurul Lina memberitahu, Hanez sendiri yang telah memohon untuk menghabiskan baki kontrak enam bulan yang diikat sejak Disember lalu tanpa mahu memperbaharuinya.

"Dia tidak digugurkan. Hanez sendiri memberitahu kami adalah lebih elok sekiranya dia mengundur diri. Kami faham dengan situasinya.



"Lagipun sehingga kini perhubungan antara pihak kami dengan Hanez sangat baik. Dia pun tidak pernah memberi masalah kerana dia seorang yang sangat berdisiplin," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Sebuah akhbar pada Selasa menerusi ruangan pojok melaporkan Hanez Suraya tidak akan menyambung kontrak dengan produk kecantikan Aura White gara-gara kontroversi dia bercinta dengan suami orang selain turut mempunyai masalah disiplin.

Gara-gara kontroversi itu juga, Aura White dilaporkan turut terkena tempias  apabila jualan produk itu terus jatuh merudum.

Dalam pada itu Nurul berkata  produk itu menjadi lebih popular dan jualan semakin meningkat selepas kontroversi berkenaan.

Hanez yang dihubungi mStar Online  pula enggan memberi komen berhubung hal berkenaan.

Sementara itu, pelakon baharu, Amyra Rosli pula dikatakan akan menggantikan Hanez sebagai duta produk berkenaan memandangkan wanita itu menepati ciri-ciri penuh sebagai duta Aura White.

Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved