ONEXOX
BannerFans.com

Wanita Dihukum Gantung Sampai Mati Bunuh Ibu Tiri

on Tuesday, April 15, 2014

Mahkmah Tinggi Shah Alam sebentar tadi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang wanita selepas dia dan adiknya didapati bersalah membunuh ibu tiri mereka dua tahun lalu.



Bagaimanapun, Hakim Datuk Akhtar Tahir, dalam pengalamannya, berkata, hukuman terhadap adik wanita itu yang ketika kejadian berusia 16 tahun hanya akan diketahui pada 28 April ini selepas mendapat laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Berdasarkan pertuduhan, Zahidah Ahmad, 27, didakwa membunuh ibu tiri mereka, Tanziah Zainuddin, 72, pada 5.30 petang, 14 Julai 2012 di Taman Sri Wangi, Kapar.



BERITA TAHUN 2012 SEMASA KEJADIAN

KLANG 27 Julai 2012 - Dua beradik perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh ibu tiri mereka pada pertengahan bulan ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada pekerja pub, Zahidah Ahmad, 29, dan adik tirinya yang baru berusia 16 tahun.

Semasa tuduhan dibacakan, pelajar tingkatan empat itu berdiri di luar kandang tertuduh dan dilihat sering mengesat air matanya sambil memegang tangan kakak tirinya yang berada di dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian guru agama, Tanziah Zainuddin, 72, dengan menekup muka mangsa dengan bantal.

Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 5.30 petang, 14 Julai lalu di ruang tamu rumah No. 2, Lorong Kiyai Sujak, 20B, Taman Sri Wangi, Kapar di sini.

Pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela, Gerard Lazarus.

Majistret Poh Kwong Chin menetapkan 4 September ini untuk sebutan semula kes tersebut.

Difahamkan, kematian mangsa selepas ditemui diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kemudiannya dikebumikan.

Namun tiga hari selepas pengebumian guru agama itu, salah seorang ahli keluarga mendapati beberapa barang kemas milik mangsa hilang lalu membuat laporan polis.

Mayat Tanziah kemudian digali semula dan hasil bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat lemas.

Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved