ONEXOX
BannerFans.com

“Najib malukan Malaysia, lari dari jawab isu MH370″

on Thursday, April 17, 2014

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya memalukan negara Malaysia dengan tindakan melarikan diri dari ditemubual media antarabangsa mengenai pesawat MH370,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bila media antarabangsa nak tanya dia, dia lari pergi mana tak tau. Tak mahu jawab soalan dari luar negara.

“Ini memalukan negara. (kamu) sebagai PM jawablah.



“Ini bagi aku yang jawab. Lepas itu marah-marah, tak paus hati nak sumbat aku dalam penjara,” katanya dihadapan 5,000 hadirin di program jelajah Reformasi 2.0 di Perlis semalam.

Katanya, rakyat sekarang ini semakin jelas menunjukkan kebencian terhadap pentadbiran Najib yang semakin kucar-kacir sejak pilihan raya umum Ke-13 yang lalu.

“Bukan sahaja rakyat kita yang benci, luar negara pun dah benci. Dia cakap putar belit, salahkan orang lain, suka tuding jari.

“Bukan nak jaga negara tetapi nak jaga cincin berlian. Nak jaga kroni dia, nak jaga kontrak berbilion-bilion.

“Rakyat sudah bangkit. Siap-siaplah kamu Umno dan Barisan Nasional,” kata Anwar

Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved