Modus operandi mereka ialah meletakkan batu2 dari sungai sebesar buah kelapa dan berwarna gelap pada waktu tengah malam. Bila kita langgar batu tersebut dan terpaksa berhenti kumpulan perompak ini akan menyerang hendap dan merompak. Saya terlanggar batu tersebut pada pukul 1.10 pagi 14 Mei lepas, dari arah tol tmn Sejati ke tol Sg Petani (Utara).
Malam tadi Cikgu Izady tel saya menceritakan beliau mengalami kemalangan yg serupa pada pukul 5 pagi 1 km sebelum sampai tol Bertam dari arah utara. Jadi rupa-rupanya penjenayah atau pengkhianat anak haram jadah ini, seorang atau berkumpulan adalah mobile dan memasang perangkap di lokasi2 pilihan.
Maknanya operasi puak2 tak berhati perut ini boleh dibuat di mana2 sahaja lokasi yg strategik di lebuhraya. Mereka akan pilih lokasi yg hampir dgn tol sebelum sampai tol supaya senang mereka melarikan diri keluar dari lebuhraya selepas dapat hasil. Anak haram sungguh depa ni.
Selepas cikgu Izady tel tu baru saya teringat, dlm kejadian yg menimpa saya pada awal pagi 14 Mei itu, sebaik shj saya terlanggar batu tersebut, dlm saya panik mengawal kereta dari terbabas, saya ternampak seorang lelaki berdiri di belakang sebuah kereta di tepi lebuhraya sebelah kiri. Skg baru saya terfikir apa kejadahnya anak haram jadah tu dok tunggu di tepi highway pada waktu larut malam awal pagi.
Dalam kes saya, Allah membolehkan kereta saya itu, walau pun minyak enjin dah habis terkeluar melalui pecahan enjin yg besar di bhg bawah, masih hidup enjinnya, walau pun saya terasa enjinnya semakin nak mati.
Saya masih boleh terus memandunya sehingga sempat melewati palang tol lorong Smart Tag Sg. Petani Utara tepat pada jam 01.11:35 (dari rakam kamera PLUS), dan sempat saya membelok ketepi jalan dimana selepas itu baru enjin mati.
Saya difahamkan oleh sahabat yg berkerja dgn PLUS, pada malam yg sama terdapat 8 lagi kes serupa yg dilaporkan kpd PLUS.
Saya harap para sahabat berhati-hati ketika menggunakan lebuhraya pada waktu dinihari yg sebegitu. Pada ketika seperti itu, jln lengang, speed trap pun kita rasa mungkin tak ada, apa lagi, kira nak laju sajalah kita. Tak terlintas langsung ada anak-anak haram jadah sedang menunggu memasang perangkap dgn meletakkan ketulan2 batu sungai yg besar yg gelap warna pada laluan sebelah kanan iaitu laluan laju.
Diharapkan para sahabat berhati-hati. Juga diharapkan pihak PLUS dan Polis dpt memberkas penjenayah / pengkhianat anak haram jadah yang seorang atau bergerak secara berkumpulan itu dgn segera.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 2 comments... read them below or add one }
Saya kena sehari selepas bro kena dkt tempat yg sama..depan saya ada 9 biji kereta lg yang kena...saya dgn member hampir dpt tangkap budak yg letak batu tu...tp mcm biasa la...diorang lari mcm pelesit...
May 26, 2014 at 8:30 PM
Uih...bahaya jugak tue..dia nak samun atau curi kereta nie
May 27, 2014 at 8:52 PM
Post a Comment