ONEXOX
BannerFans.com

Video : Rakaman CCTV Lelaki Diseret Hantu Kopek

on Monday, May 5, 2014



Tidak dapat dipastikan kebenaran video seram yang mula viral di laman YouTube ini.

Ia merupakan rakaman kamera pengawasan di salah sebuah tingkat bangunan yang menyaksikan seorang lelaki berjalan seorang diri sebelum dia tiba-tiba ditolak oleh satu bayangan hitam.

Sebaik saja terjatuh, bayangan hitam yanmg dikatakan hantu itu dilihat menarik kakinya sehingga dia terseret beberapa kaki.

Lelaki yang ketakutan itu kemudiannya segera melarikan diri sebaik sahaja kakinya dilepaskan oleh ‘hantu’ itu.

Pelbagai komen yang diterima daripada para penonton video tersebut.

Ada yang menganggap video tersebut sebagai asli, namun ada juga yang menyifatkan rakaman itu sebenarnya diubahsuai menggunakan teknik imej janaan komputer atau CGI.

Apa pun, saksikan dan nilailah sendiri kebenarannya…





Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved