Berikutan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegur sesetengah pihak yang membuat dakwaan tidak benar kononnya projek pembinaan bangunan itu menggunakan duit zakat.
“Kesemua kos bagi projek ini kita perolehi daripada dana pelaburan Mains dan juga pinjaman diberikan Bank Islam kepada kerajaan negeri. Kita tidak sentuh langsung duit pusat zakat.
“Jadi, jangan sesekali menuduh projek ini dilaksanakan menggunakan duit zakat, kerana itu tidak betul,” katanya.
Menurutnya, bangunan setinggi 18 tingkat itu dijadualkan siap sepenuhnya menjelang Mac 2015 dan akan menempatkan semua jabatan dan agensi agama Islam di bawah satu bumbung.
"Ia bagi memberi kemudahan kepada pengunjung. Apabila siap nanti, semua agensi dan jabatan agama Islam dapat ditempatkan di bawah satu tempat sama," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek pembinaan bangunan Mains, di sini, lewat petang kelmarin.
Turut serta, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hasan dan Pengarah Perunding Pengurusan Projek, Datuk Kamal Abdullah.
Mohamad berkata, pembinaan bangunan berkenaan mengambil kira masalah sebelum ini apabila jabatan dan agensi agama Islam menyewa di bangunan masing-masing sekitar Seremban, sehingga menimbulkan kesulitan kepada orang ramai untuk pergi dari satu tempat ke tempat lain.
Sementara itu, katanya, bangunan berkenaan berkonsepkan seni bina dan ciri-ciri seperti di Morocco dan Maghribi, sekali gus meyakinkan beliau bangunan berkenaan bakal menjadi daya penarik kepada pelancong luar.
"Selain ruang pejabat, bangunan itu juga akan dilengkapi dengan kafeteria, bazar jualan dan beberapa pusat perkhidmatan awam," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment