ONEXOX
BannerFans.com

Akaun Facebook Sharifah Aini Ditutup

on Sunday, July 6, 2014

Akaun laman sosial Facebook yang dikendalikan oleh biduanita negara Datuk Sharifah Aini telah ditutup oleh anaknya iaitu Aliff Omar Ali selepas pengebumian Allahyarham pada Sabtu lalu.

Aliff bertindak sedemikian kerana tidak mahu segala memori yang dititipkan menerusi akaun berkenaan dikenang semula. Terdahhulu Allahyarham pernah menjadikan akaun Facebook miliknya itu untuk meluahkan rasa hati kepada para peminatnya.

Menerusi laman sosial itu juga Sharifah Aini turut menggambarkan pengakhiran usianya apabila beliau meminta para peminat menghadiahkannya Al-Fatihah sekiranya beliau meninggal dunia.

Sharifah Aini meninggal dunia di Pusat Pakar Damansara di sini pada Sabtu lalu pada usia 61 tahun akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah fibrosis paru-paru dan jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Kuala Lumpur sebelum solat Zohor pada hari sama.

Kematian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar terhadap dunia hiburan tanah air sehingga ia menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang turut mengucapkan takziah.

Tiada majlis tahlil terhadap Allahyarham kerana majlis seupama itu hanya dianggap sebagai satu amalan.



Sumber












PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved