ONEXOX
BannerFans.com

Rumah Dipecah Masuk. Yusof Haslam Lepaskan Tembakan

on Sunday, July 6, 2014

Rumah pengarah filem Datuk Yusof Haslam di Taman Melawati dipecah masuk jam 2.30 pagi tadi yang menyebabkan mangsa melepaskan tembakan 3 das tembakan di mana tembakan pertama sebagai tanda amaran.

Ketika kejadian, mangsa sedang menonton televisyen sebelum terdengar jeritan pembantu rumahnya di tingkat bawah rumah mangsa dan terus bergegas mengambil pistol.

Tembakan pertama ke arah tangga rumahnya adalah amaran dan 2 das tembakan lagi untuk menakutkan perompak.

Polis turut mengesahkan kejadian itu dan menurutnya, mangsa mendapati pintu grill rumahnya itu sudah diumpil seterusnya melepaskan dua lagi tembakan ke arah hutan kerana mensyaki penjenayah terbabit melarikan diri ke kawasan itu.

Pemeriksaan mangsa mendapati bilik di tingkat empat rumahnya berada dalam keadaaan berselerak.

Bagaimanapun, barang yang hilang masih belum dikenal pasti.



Sumber












PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved