ONEXOX
BannerFans.com

Juruterbang menangis umum pesawat terhempas dalam 6 minit

on Sunday, September 14, 2014

Juruterbang pesawat Europe Airpost didakwa menangis ketika memberitahu penumpang dan krew pesawat bahawa mereka akan terhempas, menyebabkan ramai panik akan nyawa mereka ketika pengumuman itu dibuat.

Kapten pesawat memaklumkan bahawa mereka akan terhempas di lautan Adriatic dalam 6 minit dan dia memberi amaran bahawa kemungkinan akan berlaku letupan adalah amat tinggi.

Ini menyebabkan penumpang turut menangis dan meraung dalam keadaan yang sungguh menyeramkan, menurut seorang saksi yang turut mengatakan krew pesawat langsung tidak dapat menenangkan semua penumpang di pesawat itu.

Para penumpang diarahkan memakaikan jaket keselamatan untuk pendaratan cemas pesawat itu yang mungkin berakhir di atas air.

Menurut Benjamin Girad yang merupakan penumpang bersama isteri dan dua anaknya mengatakan penumpang di belakang memberitahu bahawa 1 enjin pesawat telah berhenti dan disahkan oleh juruterbang.

Tambahnya lagi. "Suasana pada ketika itu dipenuhi tangisan dan teriakan . Semua takut , bahkan kru kabin pucat dan panik.

Walaubagaimanapun, di sebalik keadaan yang kelam kabut di atas udara, Juruterbang berjaya mendaratkan kapal itu dalam keadaan selamat di Lapangan Terbang Marco Polo , di Venice . Berdekatan pantai  dan pendaratan itu tanpa ada sebarang kecederaan.

Walaubagaimanapun, Europe Airpost cuba mengurangkan kekecohan kejadian itu dengan mengatakan penumpang tidak pernah dalam keadaan bahaya.




Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved