ONEXOX
BannerFans.com

Pesawat MH198 ke Hyderabad Berpatah Balik Kerana Masalah Teknikal

on Sunday, September 14, 2014

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH198 yang berlepas ke Hyderabad, India pada 10.20 malam tadi terpaksa berpatah balik akibat masalah teknikal.

Pesawat Boeing 737 itu mendarat di KLIA pada 2.01 pagi tadi tanpa sebarang insiden.

Menurut kenyataan MAS pagi ini, kerosakan itu tidak memberi kesan kepada pesawat atau penumpang tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, kapten penerbangan mengambil keputusan untuk berpatah balik.

"Sejurus tiba, penumpang dan kru keluar dengan selamat dan diberi penginapan di hotel berhampiran," menurut kenyataan itu.

Penerbangan MH198 sudah dijadualkan semula sebagai MH198D dan akan berlepas pada 12 tengah hari nanti dan dijangka tiba di Hyderabad pada 1.35 petang waktu tempatan.

"Malaysia Airlines kesal dengan gangguan terhadap rancangan perjalanan penumpang tetapi keselamatan penumpang adalah keutamaan syarikat," menurut kenyataan itu.


P/s: Adakah mungkin wujud percubaan HIJACKED oleh Amerika dan Yahudi laknatullah terhadap pesawat MH 198 ??? Allahu' Alam..





Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved