Biarpun dilihat mencatatkan memori pahit diawal permulaan siri jelajah The Elusive Chanteuse Show di Jepun, Mariah dapat mencari semula momentumnya.
Ia jelas sekali dapat dilihat menerusi keyakinannya menyarungkan “potongan-potongan” kain yang menutup bahagian tertentu tubuhnya.
Pada malam Ahad lalu di Shanghai, Mariah tampil dalam gaun hitam kilat yang terbelah bukan hanya ke bahagian paha tetapi sampai ke pinggang.
Terkenal dengan gayanya yang suka menunjukkan asset yang dimilikinya, Mariah selesa beraksi diatas pentas dengan sebelah kaki terdedah sepenuhnya begitu juga dibahagian atas.
Boleh dikatakan jika tersilap langkah, The Elusive Chanteuse Show mungkin akan melakar sejarah tersendiri dan bakal diingati seperti apa yang terjadi pada Justin Timberlake dan Janet Jackson tidak lama dulu.
Selain daripada gaun hitam pendek assymetrikal tersebut, Mariah juga tampil dalam beberapa lagi persalinan lain yang digantinya mengikut segmen tetapi dia dikatakan mengekalkan solekan dan gaya dandanan rambut.
Selain daripada pakaian, gaya yang cukup menggiurkan Mariah tidak telepas untuk menggayakan penemannya sepanjang siri jelajahnya iaitu mikrofon bersalut emas yang melengkapkan status dan tarafnya sebagai seorang diva.
Penyanyi berusia 44 tahun itu dijadualkan akan meneruskan siri jelajah The Elusive Chanteuse Show di Asia dan bakal menghiburkan peminatnya di Malaysia pada esok, Rabu 22 Oktober di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment