ONEXOX
BannerFans.com

Aksi Gadis Cun Bertudung Belai Harimau Dapat Perhatian Ramai

on Tuesday, October 21, 2014



Gambar aksi gadis manis membelai dan menyentuh harimau dapat ribuan perhatian dan komen, dalam kehangatan rakyat Malaysia dikejutkan dengan isu program sentuh anjing, I Want to Touch a Dog.

Harimau sememangnya digeruni dan dianggap binatang berbahaya gara-gara karakternya yang ganas dan oleh sebab itulah binatang ini digelar raja rimba.

Lihat sahajalah kes insiden tragis yang berlaku di Zoo Delhi apabila seorang lelaki berusia 20 tahun maut dibaham harimau putih bulan lepas hingga mendapat perhatian dunia.

Hari ini di laman sosial Facebook tersebar pula sekeping gambar yang digabungkan menunjukkan reaksi gadis cantik itu sebelum menyentuh dan akhirnya membelai binatang itu.

Pada awalnya, gadis cantik itu dilihat seakan gementar dan takut-takut namun akhirnya dilihat berani memangku kepala harimau itu.

Rasa-rasanya harimau ini jantan agaknya.. miang dan manja semacam jer!.. hehe..

Tapi yang kelakarnya , gambar ini mendapat ribuan komen dan reaksi daripada pengguna Facebook dan membandingkan gambar ini dengan kontroversi kes acara ‘I Want to Touch a Dog’ (Saya Mahu Sentuh Anjing) .



Nampaknya ramai yang memberi komen lebih baik menyentuh harimau berbanding anjing.

Tetapi perlulah diingat menyentuh anjing tidaklah haram dan berdosa cuma haiwan ini tergolong dalam najis berat dan atas tujuan apa anda memegangnya? itulah yang kini menjadi tanda tanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved