GEORGETOWN: Beberapa hari yang lalu, seorang wanita maut dilanggar dan digilis kereta oleh jirannya. Laporan awal mendakwa, punca kejadian disebabkan perbalahan mengenai sikap mangsa yang gemar membuang sampah di kawasan rumah jiran.
Bagaimanapun, punca sebenar kejadian tragis itu adalah disebabkan perebutan tempat meletak kereta.
Ekoran dari itu, pihak keluarga suspek berusia 53 tahun itu tampil bersama dengan peguam Datuk Baljit Singh Sidhu membuat laporan polis di Balai Polis Jelutong pada jam 11 pagi semalam.
Menurut Baljit, ketika kejadian itu, suspek digertak oleh pasangan jirannya yang berang kerana kereta suspek diletakkan di hadapan rumah mereka selain mendakwa kawasan parkir itu adalah milik mereka, sedangkan ia tidak dikhaskan untuk sesiapa.
Suspek tidak berniat untuk melanggar mangsa kerana, pada ketika kejadian itu, suspek dikepung dan diserang oleh beberapa orang menyebabkan dia ketakutan dan terus menekan pedal minyak.
Berikutan kejadian itu, keluarga suspek hari ini tampil menjelaskan perkara sebenar untuk tindakan lanjut pihak polis.
Dalam kejadian jam 1 pagi Jumaat lalu, mangsa, Lee Seok Pheng, 47, maut di tempat kejadian selepas dilanggar oleh kereta yang dipandu jirannya setelah bertengkar dalam kejadian di Flat Desa Intan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment