ONEXOX
BannerFans.com

7 Gambar: Punca 3 Maut, 3 Parah Dalam Letupan Bom Tangan Di Gurun, Kedah Terjawap

on Wednesday, December 24, 2014



GURUN - Laporan awal menyatakan kejadian letupan di sebuah rumah yang menyebabkan 3 maut dan 3 lagi mangsa cedera parah, dipercayai berpunca dari letupan tong gas.

Bagaimanapun, laporan dari pihak polis pula mendedahkan bahawa kejadian letupan berpunca dari sejenis bom tangan.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang semalam, sebanyak 10 buah rumah mengalami kerosakan teruk dan 34 rumah lagi di Taman Mesra Ria mengalami kerosakan kecil.




Mangsa, seorang anggota tentera, Ayub Hashim, 37, maut selepas tercampak sejauh 17 meter dari rumahnya. Turut maut, anaknya, Nur Idayu Shahira, 8, manakala isterinya, Sharifah Haslinda Hashim 37, dan anak mereka, Mohd Idham Shahmi, 5, parah dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Turut maut anak jiran mangsa, Mohd Akif Lokman Mohd Shahrizal, 5, manakala ibunya, Zuraidah Mat Rotbi, 30, parah akibat letupan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya, mengesahkan kejadian itu dan anggota tentera itu dipercayai menyimpan sejenis bom tangan di rumahnya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mati mengejut," katanya.










Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved