ONEXOX
BannerFans.com

Orang Malaysia Ini Bodoh - Tun Dr. Mahathir

on Saturday, December 6, 2014




KUALA LUMPUR – “Orang Malaysia ini bodoh, tidak tahu hendak uruskan syarikat penerbangan, sebab itu MAS (Malaysia Airline System Berhad) rugi,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Demikian reaksi balas bekas pemimpin negara itu apabila diajukan tentang keputusan Khazanah Nasional Berhad yang melantik Chrisoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS, berkuat kuasa 1 Januari depan.




Beliau berkata lagi tidak hairan jika ‘orang luar’ diberikan kepercayaan untuk menguruskan dan memulihkan semula syarikat penerbangan negara itu.

“Bila sudah rugi, orang yang buat (MAS) rugi itu sekarang ini nak buat baik balik, oklah,” katanya lagi.

Mueller, ketika ini merupakan CEO Aer Lingus Plc, syarikat penerbangan nasional Ireland, juga dicalonkan menyertai Lembaga Pengarah MAS.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved