PETALING JAYA: Dek kerana wajah anaknya dijadikan gambar untuk menyebar berita palsu, Rozita Che Wan melabel individu yang memuat status tersebut di laman Twitter sebagai biadap dan tidak bertanggungjawab.
Status Twitter tersebut yang menggunakan wajah anak perempuan Cheta, Aaisyah Dhia Rana, dimuat naik dengan status yang mengatakan anak tersebut dibuang oleh orang tuanya.
Che ta atau Rozita Che Wan, 42, mengatakan dia terkejut setelah mendapat tahu tentang perkara itu.
"Biadap sungguh individu itu sehingga sanggup buat kerja merapu.
"Apakah salah anak saya sehingga wajahnya digunakan dengan status sedemikian? Mereka ini adalah orang yang tidak berhati perut!," katanya memetik laporan dari mStar.
Sebelum ini, seorang pengguna Twitter yang dipercayai dari Indonesia telah memuat status di Twitter yang mengatakan seorang bayi telah ditinggalkan oleh orang tuanya dan kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di sana. Status tersebut dikepilkan sekali dengan gambar anak Che Ta.
Status itu telah mendapat perhatian pengguna Twitter di negara itu dan telah di retweet tanpa mereka sedar ianya adalah berita palsu.
Che Ta juga turut menambah dia merasa sedih kerana anaknya yang walaupun baru berusia dua bulan sudah menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab di Internet. Che Ta juga berkata kerana isu-isu seperti ini, dia dan suami, Zain Saidin tidak mahu anak mereka menceburi dunia seni hiburan apabila besar kelak.
"Daddy dia tak bagi jadi artis. Kami jadi selebriti pun kerana kebetulan.
"Bukannya tidak elok jadi artis, Alhamdulillah hidup senang tetapi apabila diri terlalu terdedah, dunia artis boleh ke arah negatif tanpa sedar. Seperti yang telah berlaku pada kami sekarang ini," katanya.
Kini status berita palsu tersebut telah pun dibuang oleh pemilik akaun yang terbabit.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment