JAKARTA - Kapal MGS Geo Survey telah menemeui bahagian ekor pesawat AirAsia QZ8501 di Laut Jawa. Bahagian yang ditemui itu adalah bahagian yang menempatkan kotak hitam dan data perakam penerbangan.
Penemuan itu diumumkan pada jam 10.30 pagi tadi oleh Ketua BASARNAS Indonesia, Bambang Soelistyo pada sidang medianya.
Menurutnya, ia dijumpai di kawasan pencarian pesawat itu di sektor tambahan kedua di perairan Selat Karimata pada kedudukan sedalam 25 meter.
“Tadi pagi saya dimaklumkan mengenai penemuan objek, lalu saya minta mereka mengambil gambar (objek itu). Selepas diteliti, ada tertera tulisan ‘Air’, dilihat jelas ia bahagian ekor pesawat,” katanya.
Penemuan dipercayai bahagian pesawat itu mempunyai panjang 10 meter, lebar lima meter dan tiga meter tinggi.
Dalam perkembangan terkini, 40 jasad penumpang QZ8501 telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment