ONEXOX
BannerFans.com

Amelina dinasihat ikut jejak Iwan

on Monday, February 9, 2015



Kemunculan semula penyanyi dangdut, Amelina, dikritik hebat kerana penyanyi itu dikatakan tidak menyumbang apa-apa dari sudut pembangunan insan menerusi aksi dan lagu dang#dutnya.

Siti Jarum menerusi pojoknya di Mingguan Malaysia, berkata penampilnya kini belum berjaya menjarakkan Amelina dengan dunianya sejak 15 tahun lalu.

“Siti antara orang yan#g gembira apabila penyanyi dangdut Amelina berhenti menyanyi 15 tahun lalu. Siti pernah menulis dalam ruangan pojok ini 10 tahun lalu. Siti mengalu-alukan keputusan Amelina untuk berkahwin dan membina hidup baru.

“Tetapi baru-baru ini tiba-tiba Amelina muncul kata nak menyanyi semula. Pasangan duetnya Iwan sudah berhijrah ke dunia baru. Seelok-eloknya Amelina mengikut jejak Iwan untuk tidak menambah virus dalam industri hiburan kita,” kata Siti Jarum.

Katanya, banyak laporan y#ang dibacanya mengenai penampilan semula Amelina sebahagian besarnya dilihat penuh hipokrit.




“Amelina, awak jangan percaya sangat dengan mereka yang memuji seolah-olah 15 tahun tidak menjejaskan mutu suara awak.

“Bagi Siti, awak sebaik-baikn#ya tidak menyanyi lagi kalau sekadar kembali ke jalan yang lama.

“Jangka waktu 15 tahun sudah berapa generasi penyanyi yang datang dan pergi. Ternyata Amelina telah terkeluar dari lingkaran,” katanya lagi.

Menurut Siti Jarum, pujian yang di#berikan adalah ayat-ayat klise sebahagian besar penulis hiburan.

“Takkan awak tak tahu yang mereka itu kerjanya memuji sahaja. Kalau ‘orang-orang’ menyanyi pun mereka puji,” katanya.

Ujar Siti, alasan tidak mahu mempe#rsia-siakan bakat tidak wajar digunakan kerana itu semua karut.

“Mana ada orang hebat kerana bakat? Itu semua karut.

“Mereka hebat kerana ilmu dan peng#alaman. Bakat hanya secebis ibarat percikan api di kepala mancis sahaja,” katanya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved