ONEXOX

Antara sebab utama Vie Santie failkan penceraian terhadap Datuk Eizlan Yusof

on Tuesday, February 17, 2015




Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini mengesahkan telah gugur talak satu dalam pernikahan ant#ara Datuk Eizlan Yusof dan isterinya berikutan lafaz cerai yang dibuat oleh pelakon itu pada 28 September tahun lalu.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan demikian selepas meneliti tiga afidavit ke-terangan saksi yang difailkan serta berpuas hati dengan keterangan Datin Vie Santie Harun, 29, dan Eizlan sekali gus mensabitkan lafaz cerai yang dibuat secara lisan pada pukul 11 malam itu adalah sah dan mengikut hukum syarak.

Terdahulu, peguam syarie, Zulkifli C#he Yong yang mewakili Vie Santie selaku plaintif membe­ritahu, Eizlan atau nama sebenar­nya Idris Md. Yusof, 45, melafazkan “Aku lepaskan kau. Aku tak nak kau lagi. Kau pergi ambil surat, aku sign (tandatangan) je” terhadap anak guamnya.

“Walaupun perkataan ‘lepaskan’ sahaja yang digunakan, itu adalah jelas bahawa lafaz tersebut adalah sah dalam konteks syarak dan disokong dengan niat defendan (Eizlan) untuk bercerai,” kata Zulkifli.




Eizlan yang merupakan pelakon drama Ja#guh Jaguh itu juga mengakui beliau dalam keadaan waras dan sedar terhadap apa yang berlaku ketika itu selain mengingati lafaz yang telah disebutkan.

Zulkifli turut memberitahu, kedua-dua pihak telah bersetuju terhadap satu perjanjian selepas perceraian antaranya menyerahkan hak penjagaan anak kepada pihak plaintif, nafkah idah diserahkan kepada budi bicara kedua-dua pihak dan plaintif tidak akan menuntut mutaah.

“Dalam perjanjian itu juga, kedua-dua be#lah pihak bersetuju untuk menjaga nama baik masing-masing dan tidak akan memburukkan mana-mana pihak secara langsung atau tidak langsung,”
katanya.

Sebelum prosiding bermula pada pukul 3.50 petang, Eizlan dan Vie Santie sempat berbual-bual di pekarangan mahkamah dengan kedua-duanya dilihat menitiskan air mata. Mereka kemudian keluar dari mahkamah pada pukul 4.30 petang selepas prosiding berakhir dan pulang secara berasingan.

Vie Santie memfailkan permohonan pengesa#han lafaz cerai pada 14 Oktober tahun lalu di mahkamah tersebut mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pasangan itu berkahwin pada 7 Julai 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia berusia antara satu hingga lima tahun.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved