Seorang blogger terkenal warga Bangladesh-Amerika Syarikat ditetak sehingga mati oleh kumpulan militan selep#as dia lantang mengutuk Islam.
Dr Avijit Roy dari Atlanta, Georgia maut selepas diserang oleh sekumpulan lelaki menggunakan parang di jalanan pada Jumaat malam di Dhaka.
Kumpulan Ansar Bangla 7, kum#pulan militan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut dan menyifatkan ia sebagai pembalasan kerana jenayah menentang Islam.
Serangan itu juga dilakukan kerana mangsa merupakan warga AS – negara yang bertanggungjawab menyerang Syria, dakwa kumpulan tersebut lagi.
Polis Bangladesh memberitahu p#ihaknya percaya dua suspek yang mempunyai kaitan dengan Universiti Dhaka terlibat dalam kejadian itu.
Ini kerana kejadian berlaku di hadapan universiti itu selain mangsa pernah mendapat ugutan bunuh daripada mahasiswa pusat pengajian tinggi berkenaan beberapa tahun sebelum ini.
Melalui ugutan itu, mahasiswa ter#babit dilaporkan berkata Dr Avijit akan dibunuh sebaik sahaja pulang ke negara itu.
Terdapat tiga kesan tetakan kuat di kepala mangsa serta kesan luka pada isterinya, Rafida Ahmed yang turut cedera, kata polis lagi.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di k#awasan yang dikawal ketat oleh polis
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment