ONEXOX
BannerFans.com

MH370 – Dokumentari National Geographic andai Kapten Zaharie rampas pesawat

on Friday, February 27, 2015



Kapten Zaharie Ahmad Shah diandaikan ‘merampas’ MH370 sebelum beliau sendiri pengsan dan pesawat itu kemudian dig#ambarkan terjunam ke dalam laut dan hancur berkecai.

Demikian antara paparan yang terkandung dalam dokumentari terbaru rangkaian televisyen National Geographic berjudul ‘Air Crash Investigation: Where Is Malaysian 370?’, yang sehingga awal pagi tadi masih boleh ditonton dalam Youtube dan Facebook.

Dokumentari berdurasi 44 minit 25 sa#at berkenaan yang sepatutnya disiarkan pada 8 Mac ini sempena ulang tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu, bocor dan dimuatkan dalam laman Youtube sejak 16 Februari lalu.

Namun, beberapa jam selepas kami mendedahkan bahawa dokumentari terbaru National Geographic mengenai misteri kehilang#an MH370 bocor di internet, pagi tadi, ianya tidak boleh ditonton lagi.

Bagaimanapun, petang ini satu lagi d#okumentari sama seperti sebelum ini tetapi diberi judul lain boleh ditonton di laman Youtube.

Apakah ini dokumentari terbaru National Geographic yang dikatakan tidak akan disiarkan di Malaysia?

Dalam paparan dokumentari itu, Kapten #Zahari yang sudah berkhidmat kira-kira 33 tahun dengan MAS, digambarkan mengunci pintu kokpit selepas Pembantu Juruterbang, Farid Abdul Hamid, keluar untuk mengambil minuman, ketika pesawat berada di suatu kawasan.

Lakon semula menunjukkan Kapten Zahari (lakonan Von Flores) kemudian memakai topeng oksigen selepas pesawat berada pada ketinggian tertentu.



Beg oksigen penumpang juga ditunjukk#an jatuh dari tempatnya, sementara Farid (lakonan Adriano Sobretodo Jr) dan anak kapal (lakonan Lisa Lau) mengetuk dan berusaha membuka pintu kokpit sebelum kedua-duanya tidak sedarkan diri akibat kekurangan oksigen.

Paparan dokumentari kemudian beralih ke dalam kokpit yang menunjukkan Kapten Zahari membuka topeng oksigen, sebelum beliau juga tidak sedarkan diri dan pesawat itu terus menjunam ke laut.




Demikian antara senario yang dipaparkan# dalam ‘Air Crash Investigation: Where Is Malaysian 370?’ yang kini sudah tidak boleh diakses lagi.

Sebelum ini, akhbar dan portal berita melaporkan bahawa rangkaian televisyen itu akan menyiarkan dokumentari berkenaan pada 8 Mac, untuk tontonan umum, namun kemudian mereka menyatakan bahawa dokumentari itu hanya akan disiarkan di Britain sahaja.

Dokumentari berdurasi 44 minit 25 saat itu b#akal disiarkan sempena ulang tahun pertama kehilangan MH370 dengan menyediakan bukti terbaru bahawa pesawat berkenaan terbang ke Antartika pada hari kehilangannya.

Dokumentari itu menemubual beberapa personaliti terkenal dalam siasatan nahas pesawat, termasuk bekas penyiasat kanan NTSB, Malcolm Brenner; Naib Presiden Kanan Inmarsat, Chris McLaughlin dan Penganalisis Penerbangan ABC News, John Nance.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 pe#numpang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bejing pada 8 Mac tahun lalu.

Selain daripada teori baharu daripada pakar, National Geographic juga mendedahkan data satelit bagi menyokong dokumentari berkenaan.

Berikut beberapa keping gambar, termasuk pakar yang ditemu bual dari screenshot ‘Air Crash Investigation: Where Is Malaysian 370?’ y#ang sempat kami rakamkan sebelum dokumentari dengan judul itu dikeluarkan dari laman Youtube dan Facebook.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved